Peringatan


Peringatan!Blog ini melampaui batasan politik dan hiburan.Isi kandungan blog ini merangkumi semua bentuk media.Ulasan berkaitan adalah pendapat penulis semata mata dan tidak bermaksud untuk memburuk burukkan mana mana pihak.Terima kasih di atas kunjungan anda.

UNDI POS PERLU DIHAPUSKAN PADA PRU14..UNTUK PILIHANRAYA YANG TELUS DAN ADIL, UNDI AWAL MESTI DIKIRA PADA HARI YANG SAMA SEBAGAIMANA HARI PENGUNDIAN BIASA"

LAMAN UTAMA || ULASAN MEDIA PRU13 || KEPUTUSAN RASMI PRU13 ||

Monday, May 27, 2013

DUA DALAM SATU(SAMBUNGAN)

Lagi satu portal melapurkan tentang insiden Blackout 505 yang dilapurkan sebelum ini dalam edisi Dua Dalam Satu.

Sila klik di sini

MELAYU MUDAH LUPA:SEKARANG DAN MASA HADAPAN

Sekarang: Melayu Mudah Lupa

15 tahun dari Sekarang: Melayu Mudah Dilupakan..



YA...Jika IC Projek tidak dibenteras segera, Melayu dan Bumiputera akan menjadi kumpulan minoriti di negara sendiri. Cegah Sebelum Parah.Bertindaklah sebelum terlambat.

Salah satu cara adalah dengan melaksanakan undi .Daftarkan kaum keluarga anda yang layak sebagai pengundi pada PRU14.Sanggupkah anda melihat negara diperintah oleh orang lain?? Jika tidak, laksanakanlah tanggungjawab anda.

BAKAL PERDANA MENTERI WANITA PERTAMA MALAYSIA

Perhatikan sisipan video ini dan anda buat penilaian sendiri. Negara negra jiran seperti Filipina, Indonesia dan juga Thailand telah pun memiliki Perdana Menteri Wanita.Malahan Korea Selatan dan Australia juga sedang dipimpin oleh kaum wanita.

Tengok gaya, macam boleh juga si Nurul ni jadi PM...Memang boleh sebab 50% daripada pengundi Malaysia adalah wanita.

Kalau Datuk Siti Nurhaliza bertanding atas tiket BN , lagi ngam.Ada saingan

AKHIRNYA

Blog Tukar Tiub kembali normal , bermakna mamat tu masih lagi okay..

Sunday, May 26, 2013

DUA DALAM SATU



Perhatikan gambar tertera.

Ada dua bahan berita yang berlainan disebaliknya.

Berita Pertama ada di sini
Berita Kedua, sila klik pada gambar...


 So yang mana satu nak percaya...Takkan percaya kedua duanya..
 Kalau ada juga yang percaya kedua duanya , tu mesti jenis Percaya Prepaid

BLACK 505:PETALING JAYA

Siri jelajah himpunan Black 505 diteruskan lagi pada Sabtu 25 Mei 2013 di kawasan padang terbuka Amcorp Mall,Petaling Jaya.

Dilaporkan seramai 80,000 orang hadir pada himpunan ini yang bertujuan membantah keputusan PRU13. Diantara 80,000 orang yang hadir tu, berapa ramai yang berdaftar sebagai pemilih dengan SPR.Kalau setakat majoriti adalah bawah umur datang nak meramaikan jumlah pengunjung permimpunan, saya beri markah setakat 40% sahaja .

Tetapi kalau semua yang hadir adalah pengundi berdaftar yang sah, BRAVO!! Full mark untuk penganjur Himpunan 505.


Saya sertakan satu pautan video(Ehsan:Malaysia Chronicle).



Bagi yang berminat untuk menonton video yang lain , anda boleh klik di sini

Friday, May 24, 2013

BLACK 505 DITERUSKAN

Disertakan adalah video ucapan Penasihat Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan Black 505 di Terengganu bagi memprotes keputusan PRU13  yang didakwa dicemari penipuan.