Kabinet kerajaan persekutuan telah diistiharkan pada 15 May 2013 menyaksikan hanya dua orang wakil dari kaum cina.
Wakil berkenaan adalah Datuk Mary Yap Kain Ching dari Parti Bersatu Sabah sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi dan Datuk Paul Low Seng Kuan(Senator) sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
Menteri Pengangkutan yang lazimnya adalah kuota kaum Cina kini dipangku oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien.Mungkin mereka masih mencari calon yang sesuai.
Prospek bumiputera bukan Islam dari Sabah dan Sarawak dilantik bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh kaum Cina sedikit tergendala apabila Dato Joseph Salang Gandum menolak tawaran bagai Timbalan Menteri Pelancungan dan Kebudayaan.(Laporannya ada di
sini )
Pakatan Rakyat terus menolak keputusan PRU13 dan berusaha untuk pilihan raya diadakan semula di 27 kawasan didakwa berlakunya penipuan undi pada PRU13 .
Pada PRU13, BN berjaya membentuk kerajaan persekutuan dengan memperolehi 133 kerusi parlimen berbanding 89 kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.
Peringatan
Peringatan!Blog ini melampaui batasan politik dan hiburan.Isi kandungan blog ini merangkumi semua bentuk media.Ulasan berkaitan adalah pendapat penulis semata mata dan tidak bermaksud untuk memburuk burukkan mana mana pihak.Terima kasih di atas kunjungan anda.
|
LAMAN UTAMA || ULASAN MEDIA PRU13 || KEPUTUSAN RASMI PRU13 || |
No comments:
Post a Comment