Pakatan Rakyat telah memenangi 9 kerusi DUN Sabah, 2 kerusi Parlimen dan parti STAR menang 1 kerusi DUN.
Tidak apa yang menarik tentang barisan kabinet kerajaan negeri SABAH ini kecuali perlantikan 2 Timbalan Menteri masing masing kepada portfolio Pertanian dan Industri Makanan dan juga Pembangunan Infrastruktur.
Disamping itu, muncul juga gandingan Mentua-Menantu..yalah kan bila lagi...INI KALILAH..
Saya selak lagi halaman di bahagian dalam..
Terpampang adalah wajah 2 Yang Berhormat(YB) Pakatan Rakyat yang telah memenangi 1 kerusi DUN dan seorang lagi memenangi 1 kerusi Parlimen.Tertera bersama sama adalah alamat email kedua dua tokoh politik muda Pakatan Rakyat ini...Kata saya"INI BARULAH..SENANG DIHUBUNGI"..Ada keterbukaan..
Bukannya macam mereka tu yang hanya senang berhubung sesama mereka sendiri dan juga sesama kroni..Rakyat yang telah memilih mereka sukar untuk berhubung dan mendapatkan khidmat YB Susah Dihubungi ini.
Pada 6 May 2013 saya begitu terganggu dengan aktiviti mencuri harta rakyat..kejadian yang telah terlalu lama berlanjutan tanpa ada sebarang tindakan dari pihak yang berkuasa.
YA..saya sentiasa terganggu dengan aktiviti mencuri pasir dan batu tak kira samada yang dilaporkan media atau yang berlaku didepan mata.Komuniti masyarakat tempatan kelihatannya buat tidak kesah.
"Dimana ramai bangang
Disitu UMNO menang"
Pantun ringkas tapi sinis laman mukabuku kini muncul kembali..
ATAU
Mungkinkah pendirian mereka "alah..laporpun bukannya ada tindakan"... Realitinya lapor dan dedah adalah dua perkara yang berbeza..
ATAU
Mungkin pandangan mata mereka terhalang untuk tempoh LIMA tahun akan datang oleh tangki air warna biru yang dihadiahkan oleh wakil rakyat yang baru mereka pilih. Bila pula para wakil rakyat tangki biru ini akan mengunjungi lagi para pengndi tegar mereka?...saya jangkakan dalam tempoh 58 bulan untuk mengagihkan semula tangki air ..
No comments:
Post a Comment