Peringatan


Peringatan!Blog ini melampaui batasan politik dan hiburan.Isi kandungan blog ini merangkumi semua bentuk media.Ulasan berkaitan adalah pendapat penulis semata mata dan tidak bermaksud untuk memburuk burukkan mana mana pihak.Terima kasih di atas kunjungan anda.

UNDI POS PERLU DIHAPUSKAN PADA PRU14..UNTUK PILIHANRAYA YANG TELUS DAN ADIL, UNDI AWAL MESTI DIKIRA PADA HARI YANG SAMA SEBAGAIMANA HARI PENGUNDIAN BIASA"

LAMAN UTAMA || ULASAN MEDIA PRU13 || KEPUTUSAN RASMI PRU13 ||

Monday, May 13, 2013

JEJAK CSL

Edisi ini adalah sambungan edisi  11 April 2013 ..

Hari ini saya menghabiskan 7 minit daripada kitaran hidup saya dengan menyusuri laman FB..Terserempak  dengan maklumat tidak sahih(sebab bukan dari RTM la) menyatakan MCA akan keluar dari Barisan Nasional.

Jika  maklumat ini sahih , maka CSL telah membuat percaturan yang sangat murah,predictable  tetapi memberikan pulangan yang besar.Fail save adalah istilah yang paling tepat  untuk menggambarkan tindakan yang telah diambil oleh CSL.
Tidak bertanding dah jimat berapa dah tu....tengok dulu siapa menang dah boleh  goyang kaki ja..tinguk dulu mahh..

Licik dan tahu apa yang dilakukannya.
Itulah komen ringkas saya tentang Presiden MCA Datuk Seri Dr.Chua Soil Lek.

Kita  perhatikan pula  formula atau persamaan berikut....

Gelombang Pertama
133-7=126
89+7=96

Gelombang Kedua
Belum sampai lagi level  gelombang kedua ini....tsunami Cina kah , Bangla kah belum tau lagi..

Gelombang ketiga bergantung kepada gelombang kedua.

Apa yang pasti pada masa ini pihak Pakatan Rakyat sedang mengadakan sesi jelajah seluruh negara bagi tujuan memprotes keputusan PRU13 yang didakwa dicemari penipuan undi.

Itulah. Akta kawalan lompat parti sepatutnya dah lama berkuatkuasa.Boleh lompat masuk bermakna boleh lompat keluar juga!!

Pelajaran berguna disini adalah  ..apa sahaja benda ciptaan manusia, ianya boleh dibeli dengan wang..di Malaysia siapa yang banyak wang , soalan tu biarlah  anda sendiri yang  tolong jawabkan.

Kini saya tertarik untuk melihat macamana madey akan selesaikan ini hal...

No comments:

Post a Comment