Tajuk berita "Apa lagi Cina mahu" terbitan Utusan Malaysia telah menarik perhatian ramai kebelakangan ini.
Ditawarkan jawatan oleh BN mereka tidak mahu....Itulah MCA
Dipelawa masuk BN mereka tidak mahu ....Itulah DAP
Boleh klik di
sini untuk membaca laporannya.
Anda juga boleh membaca artikel lain yang berkaitan di
sini
Jelas mereka tidak mahukan BN..itulah pandangan peribadi saya tentang kaum Cina di Malaysia pada masa ini..
Kenapa Pakatan Rakyat lebih popular dari BN pula ..
Parti Keadilan Rakyat adalah sebuah parti majmuk dengan dianggotai oleh pelbagai bangsa.Lihat sahaja barisan calon calon Parti Keadilan Rakyat pada PRU13, anda akan nampak wakil wakil Melayu,Cina, India,Bumiputera Sabah dan Sarawak.Akan tetapi keadaan ini agak berbahaya juga.Kalau dah terlalu banyak orang dalam satu rumah, boleh kecoh juga akhirnya...PKR kena mula melihat perkara ini dengan lebih serius.
PERINGATAN :Pengasas syarikat perisian gergasi Apple,Steve Jobs telah disingkirkan daripada syarikat yang dia sendiri adalah pengasasnya.Perkara sebegini boleh berlaku dimana mana.Oleh itu,Melayu dan Bumiputera kenalah segera bangkit dan jadi kuat..memang boleh kuat semula kalau bersatu padu ..
Politik perkauman memang tidak ada tempat di Malaysia disebabkan oleh komposisi penduduk yang berbilang kaum.Prinsip perkongsian kuasa adalah formula sebenar kepada kestabilan dan suasana harmoni.Malangnya prinsip perkongsian kuasa yang telah ada di bumi Malaysia sejak sekian lama adalah terlalu berat sebelah sehingga menyebabkan sebilangan besar rakyat bangkit dan menentangnya.
Keputusan PRU13 adalah bukti skala penentangan rakyat terhadap sistem pentadbiran sedia ada.Formula perkongsian kuasa antara masyarakat majmuk perlu dikaji semula SERTA MERTA oleh pemerintah jika mahu mengekalkan keharmonian dan kestabilan pentadbiran.
Harus di ingat..suara rakyat suara keramat..
Peringatan
Peringatan!Blog ini melampaui batasan politik dan hiburan.Isi kandungan blog ini merangkumi semua bentuk media.Ulasan berkaitan adalah pendapat penulis semata mata dan tidak bermaksud untuk memburuk burukkan mana mana pihak.Terima kasih di atas kunjungan anda.
|
LAMAN UTAMA || ULASAN MEDIA PRU13 || KEPUTUSAN RASMI PRU13 || |
No comments:
Post a Comment