Peringatan


Peringatan!Blog ini melampaui batasan politik dan hiburan.Isi kandungan blog ini merangkumi semua bentuk media.Ulasan berkaitan adalah pendapat penulis semata mata dan tidak bermaksud untuk memburuk burukkan mana mana pihak.Terima kasih di atas kunjungan anda.

UNDI POS PERLU DIHAPUSKAN PADA PRU14..UNTUK PILIHANRAYA YANG TELUS DAN ADIL, UNDI AWAL MESTI DIKIRA PADA HARI YANG SAMA SEBAGAIMANA HARI PENGUNDIAN BIASA"

LAMAN UTAMA || ULASAN MEDIA PRU13 || KEPUTUSAN RASMI PRU13 ||

Monday, May 27, 2013

DUA DALAM SATU(SAMBUNGAN)

Lagi satu portal melapurkan tentang insiden Blackout 505 yang dilapurkan sebelum ini dalam edisi Dua Dalam Satu.

Sila klik di sini

MELAYU MUDAH LUPA:SEKARANG DAN MASA HADAPAN

Sekarang: Melayu Mudah Lupa

15 tahun dari Sekarang: Melayu Mudah Dilupakan..



YA...Jika IC Projek tidak dibenteras segera, Melayu dan Bumiputera akan menjadi kumpulan minoriti di negara sendiri. Cegah Sebelum Parah.Bertindaklah sebelum terlambat.

Salah satu cara adalah dengan melaksanakan undi .Daftarkan kaum keluarga anda yang layak sebagai pengundi pada PRU14.Sanggupkah anda melihat negara diperintah oleh orang lain?? Jika tidak, laksanakanlah tanggungjawab anda.

BAKAL PERDANA MENTERI WANITA PERTAMA MALAYSIA

Perhatikan sisipan video ini dan anda buat penilaian sendiri. Negara negra jiran seperti Filipina, Indonesia dan juga Thailand telah pun memiliki Perdana Menteri Wanita.Malahan Korea Selatan dan Australia juga sedang dipimpin oleh kaum wanita.

Tengok gaya, macam boleh juga si Nurul ni jadi PM...Memang boleh sebab 50% daripada pengundi Malaysia adalah wanita.

Kalau Datuk Siti Nurhaliza bertanding atas tiket BN , lagi ngam.Ada saingan

AKHIRNYA

Blog Tukar Tiub kembali normal , bermakna mamat tu masih lagi okay..

Sunday, May 26, 2013

DUA DALAM SATU



Perhatikan gambar tertera.

Ada dua bahan berita yang berlainan disebaliknya.

Berita Pertama ada di sini
Berita Kedua, sila klik pada gambar...


 So yang mana satu nak percaya...Takkan percaya kedua duanya..
 Kalau ada juga yang percaya kedua duanya , tu mesti jenis Percaya Prepaid

BLACK 505:PETALING JAYA

Siri jelajah himpunan Black 505 diteruskan lagi pada Sabtu 25 Mei 2013 di kawasan padang terbuka Amcorp Mall,Petaling Jaya.

Dilaporkan seramai 80,000 orang hadir pada himpunan ini yang bertujuan membantah keputusan PRU13. Diantara 80,000 orang yang hadir tu, berapa ramai yang berdaftar sebagai pemilih dengan SPR.Kalau setakat majoriti adalah bawah umur datang nak meramaikan jumlah pengunjung permimpunan, saya beri markah setakat 40% sahaja .

Tetapi kalau semua yang hadir adalah pengundi berdaftar yang sah, BRAVO!! Full mark untuk penganjur Himpunan 505.


Saya sertakan satu pautan video(Ehsan:Malaysia Chronicle).



Bagi yang berminat untuk menonton video yang lain , anda boleh klik di sini

Friday, May 24, 2013

BLACK 505 DITERUSKAN

Disertakan adalah video ucapan Penasihat Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan Black 505 di Terengganu bagi memprotes keputusan PRU13  yang didakwa dicemari penipuan.

BANYAK MENTERI PERSEKUTUAN

Keputusan PRU13 menyaksikan ramai warga Sabah  terutamanya KDM dilantik sebagai menteri penuh kerajaan persekutuan.

 Mereka adalah

 Datuk Dr. Ewon Ebin - Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi(UPKO)
Datuk Dr.Maximus Ongkili- Menteri Tenaga , Teknologi Hijau dan Air(PBS)
Datuk Seri Joseph Kurup- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri(PBRS)
Datuk Abdul Rahman Dahlan- Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan(UMNO)
Datuk Seri Shafie Afdal- Menteri Kemanjuan Luar Bandar dan Wilayah.(UMNO)
Datuk Seri Anifah Aman - Menteri Luar Negeri(UMNO).


Ohh...Begitu pula ye!! 

 Makin kita lawan , makin banyak benefit yang akan datang. 

Saya melihat PRU13 sebagai kebangkitan KDM dan bukan Islam bangun menentang BN sehingga menyebabkan beberapa kawasan jatuh ketangan pembangkang.

Antara kawasan DUN Sabah majoriti KDM yang berjaya di tawan oleh Pakatan Rakyat pada PRU13 yang lalu adalah N04(Matunggong),N07(Kadamaian),N09(Tamparuli)  dan juga N13(Inanam)

 Memang wajar juga KDM dapat layanan sedemekian sebab KDM turut diwakili parti parti politik seperti UPKO,PBS dan juga PBRS. 

 Maka kumpulan minoriti yang lain yang tidak punya parti politik, terpaksalah mereka berpuas hati dengan tangki air biru yang diberi sekali setiap 5 tahun.PHEW!!

Thursday, May 23, 2013

INILAH MASANYA

SPR telah membuka ruang untuk petisyen pilihanraya .Keputusan pilihanraya PRU13 telahpun diwartakan. Berita berkaitan ada di sini

Kalau pihak pembangkang berhasrat ingin mencabar keputusan PRU13 pada mode bukan demonstrasi jalanraya, inilah masanya.

Monday, May 20, 2013

MOMENTUM BERKURANGAN

Rentak tari mereka saya perhatikan semakin perlahan.. Saya membuat rumusan demekian berikutan beberapa laporan laman cyber.

Antaranya

Laporan1
Laporan2


Demekian antara laporan berkaitan usaha Pakatan Rakyat membuat demonstrasi sebagai memprotes keputusan PRU13 yang didakwa sebagai tidak sah. 


Memang di dalam dunia ini ada beberapa cara untuk mencapai matlamat. Tetapi


"Bersatu kita teguh"
"Bercerai kita roboh"

Rasanya boleh pakai juga pepatah lama Melayu ni.

Terbitan terdahulu masih menyebabkan saya teringat akan hakikat kebenaran kata kata si Kitul.

KATA SI KITUL

Katanya.."Selagi pulis dan sojar dalam genggaman aku , tak kisahlah banyak manapun rakyat yang tidak mengundi aku .."

LANTAS

Saya melihat kebeberapa lokasi negara lain..
Betul juga kata si Kitul.

Sunday, May 19, 2013

CERITA HARI MENGUNDI

Kisah benar tentang hari mengundi PRU13.

Seorang pengundi mengeluh kerana nyaris tersalah simpan kertas undi. Undi parlimen masuk DUN, dan begitu juga kertas undi DUN masuk ke peti undi parlimen.

Begitu kisahnya..




**************///*****************

Kenapalah SPR ni...tak sedarkah kat Malaysia ni ramai lagi pengundi yang buta huruf!!
Apalah salahnya gunakan contohnya...kertas hijau masuk peti hijau, kertas merah masuk peti merah.

Kesian  makcik dan pakcik  tu ...bukan semuanya pandai membaca macam Tok Mun..
manalah mereka tahu  DUNkah, negerikah, parlimenkah.
Yang mereka tahu pangkah X selepas diberi tangki biru.....

Mahu juga berdiri kat peti undi begitu..
Bikin panas dan buat menambah kos operasi SPR sahaja.

Friday, May 17, 2013

DILEMA UNDI POS

Ada pula laporan kata ada undi pos dijual pada PRU13 yang lalu. Laporannya ada di sini.

Undi pos perlu dihapuskan dari sistem pilihan raya Malaysia.

Kiraan serta merta untuk pengundi awal perlu dilakukan dipusat pengundian pada hari pengundian awal berkenaan.Ini termasuklah pengundian "secara pos " diluar negara.

Tak payahlah undi awal ini di "SIMPAN" untuk dikirim secara pos DAN seterusnya dikira pada hari pengundian sebenar. 

Kenapa tidak dikira pada hari pengundian awal sahaja...kan. Ini perlu demi memperlihatkan sistem pengundian yang telus dimata rakyat.

Thursday, May 16, 2013

HANYA DUA

Kabinet kerajaan persekutuan telah diistiharkan pada 15 May 2013 menyaksikan hanya dua orang wakil dari kaum cina. Wakil berkenaan adalah Datuk Mary Yap Kain Ching dari Parti Bersatu Sabah sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi dan Datuk Paul Low Seng Kuan(Senator) sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Pengangkutan yang lazimnya adalah kuota kaum Cina kini dipangku oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien.Mungkin mereka masih mencari calon yang sesuai.

Prospek bumiputera bukan Islam dari Sabah dan Sarawak dilantik bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh kaum Cina sedikit tergendala apabila Dato Joseph Salang Gandum menolak tawaran bagai Timbalan Menteri Pelancungan dan Kebudayaan.(Laporannya ada di sini )

Pakatan Rakyat terus menolak keputusan PRU13 dan berusaha untuk pilihan raya diadakan semula di 27 kawasan didakwa berlakunya penipuan undi pada PRU13 .

Pada PRU13, BN berjaya membentuk kerajaan persekutuan dengan memperolehi 133 kerusi parlimen berbanding 89 kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Tuesday, May 14, 2013

BAYANGAN WAKIL CINA

Sekilas pandang, ternampak pula bayangan wakil kaum Cina di dalam kabinet kerajaan persekutuan yang diterajui oleh UMNO  sebagai parti teras kepada Barisan Nasional.

Lapuran portal Malaysia Today yang berkaitan ada di sini
Agaknya pada masa akan datang, beranikah UMNO meletakkan calon kaum Cina sebagai calon UMNO pada pru14 nanti.

PKR sudahpun melakukannya..menunjukkan PKR boleh.

Barisan kabinet kerajaan persekutuan Malaysia dijangka dibentuk pada Rabu 15 May 2013.

Monday, May 13, 2013

JEJAK CSL

Edisi ini adalah sambungan edisi  11 April 2013 ..

Hari ini saya menghabiskan 7 minit daripada kitaran hidup saya dengan menyusuri laman FB..Terserempak  dengan maklumat tidak sahih(sebab bukan dari RTM la) menyatakan MCA akan keluar dari Barisan Nasional.

Jika  maklumat ini sahih , maka CSL telah membuat percaturan yang sangat murah,predictable  tetapi memberikan pulangan yang besar.Fail save adalah istilah yang paling tepat  untuk menggambarkan tindakan yang telah diambil oleh CSL.
Tidak bertanding dah jimat berapa dah tu....tengok dulu siapa menang dah boleh  goyang kaki ja..tinguk dulu mahh..

Licik dan tahu apa yang dilakukannya.
Itulah komen ringkas saya tentang Presiden MCA Datuk Seri Dr.Chua Soil Lek.

Kita  perhatikan pula  formula atau persamaan berikut....

Gelombang Pertama
133-7=126
89+7=96

Gelombang Kedua
Belum sampai lagi level  gelombang kedua ini....tsunami Cina kah , Bangla kah belum tau lagi..

Gelombang ketiga bergantung kepada gelombang kedua.

Apa yang pasti pada masa ini pihak Pakatan Rakyat sedang mengadakan sesi jelajah seluruh negara bagi tujuan memprotes keputusan PRU13 yang didakwa dicemari penipuan undi.

Itulah. Akta kawalan lompat parti sepatutnya dah lama berkuatkuasa.Boleh lompat masuk bermakna boleh lompat keluar juga!!

Pelajaran berguna disini adalah  ..apa sahaja benda ciptaan manusia, ianya boleh dibeli dengan wang..di Malaysia siapa yang banyak wang , soalan tu biarlah  anda sendiri yang  tolong jawabkan.

Kini saya tertarik untuk melihat macamana madey akan selesaikan ini hal...

INI BARULAH..SENANG DIHUBUNGI

Akhbar Daily Express edisi Ahad 12May 2013 begitu menarik perhatian saya. Terpampang dimuka hadapan surat khabar edisi Sabah ini adalah barisan kabinet baru kerajaan negeri Sabah yang ditubuhkan oleh Barisan Nasional setelah memenangi 48 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) pada PRU13 yang lalu.

 Pakatan Rakyat telah memenangi 9 kerusi DUN Sabah, 2 kerusi Parlimen dan parti STAR menang 1 kerusi DUN.

Tidak apa yang menarik tentang barisan kabinet kerajaan negeri SABAH ini kecuali perlantikan 2 Timbalan Menteri masing masing kepada portfolio Pertanian dan Industri Makanan dan juga Pembangunan Infrastruktur. 

Disamping itu, muncul juga gandingan Mentua-Menantu..yalah kan bila lagi...INI KALILAH..

Saya selak lagi halaman di bahagian dalam..

Terpampang adalah wajah 2 Yang Berhormat(YB) Pakatan Rakyat yang telah memenangi 1 kerusi DUN dan seorang lagi memenangi 1 kerusi Parlimen.Tertera bersama sama adalah alamat email kedua dua tokoh politik muda Pakatan Rakyat ini...Kata saya"INI BARULAH..SENANG DIHUBUNGI"..Ada keterbukaan..

Bukannya macam mereka tu yang hanya senang berhubung sesama mereka sendiri dan juga sesama kroni..Rakyat yang telah memilih mereka sukar untuk berhubung dan mendapatkan khidmat YB Susah Dihubungi ini.

 Pada 6 May 2013 saya begitu terganggu dengan aktiviti mencuri harta rakyat..kejadian yang telah terlalu lama berlanjutan tanpa ada sebarang tindakan dari pihak yang berkuasa.

YA..saya sentiasa terganggu dengan aktiviti mencuri pasir dan batu tak kira samada yang dilaporkan media atau yang berlaku didepan mata.Komuniti masyarakat tempatan kelihatannya buat tidak kesah.

"Dimana ramai bangang 
Disitu UMNO menang"

Pantun ringkas tapi sinis laman mukabuku kini muncul kembali..

ATAU 

Mungkinkah pendirian mereka "alah..laporpun bukannya ada tindakan"... Realitinya lapor dan dedah adalah dua perkara yang berbeza..

ATAU

Mungkin pandangan mata mereka terhalang untuk tempoh LIMA  tahun akan datang oleh tangki air warna biru yang dihadiahkan oleh wakil rakyat yang baru mereka pilih. Bila pula para wakil rakyat  tangki biru ini akan mengunjungi lagi para pengndi tegar mereka?...saya jangkakan dalam tempoh 58 bulan untuk mengagihkan semula tangki air ..


Saturday, May 11, 2013

MEREKA TIDAK MAHU...NAMPAK TU

Tajuk berita "Apa lagi Cina mahu" terbitan Utusan Malaysia telah menarik perhatian ramai kebelakangan ini. 

Ditawarkan jawatan oleh BN mereka tidak mahu....Itulah MCA
Dipelawa masuk BN mereka tidak mahu ....Itulah DAP

Boleh klik di sini untuk membaca laporannya.
Anda juga boleh membaca artikel lain yang berkaitan di sini

Jelas mereka tidak mahukan BN..itulah pandangan peribadi saya tentang kaum Cina di Malaysia pada masa ini..

Kenapa Pakatan Rakyat lebih popular dari BN pula ..

Parti Keadilan Rakyat adalah sebuah parti majmuk dengan dianggotai oleh pelbagai bangsa.Lihat sahaja barisan calon calon Parti Keadilan Rakyat pada PRU13, anda akan nampak wakil wakil Melayu,Cina, India,Bumiputera Sabah dan Sarawak.Akan tetapi keadaan ini agak berbahaya juga.Kalau dah terlalu banyak orang dalam satu rumah, boleh kecoh juga akhirnya...PKR kena mula melihat perkara ini dengan lebih serius.

 PERINGATAN :Pengasas syarikat perisian gergasi Apple,Steve Jobs telah disingkirkan daripada syarikat yang dia sendiri adalah pengasasnya.Perkara sebegini boleh berlaku dimana mana.Oleh itu,Melayu dan Bumiputera kenalah segera bangkit dan jadi kuat..memang boleh kuat semula kalau bersatu padu ..

Politik perkauman memang tidak ada tempat di Malaysia disebabkan oleh komposisi penduduk yang berbilang kaum.Prinsip perkongsian kuasa adalah formula sebenar kepada kestabilan dan suasana harmoni.Malangnya prinsip perkongsian kuasa  yang telah ada di bumi Malaysia sejak sekian lama adalah terlalu berat sebelah sehingga menyebabkan sebilangan besar rakyat bangkit  dan menentangnya.

Keputusan PRU13 adalah bukti skala penentangan rakyat terhadap sistem pentadbiran sedia ada.Formula perkongsian kuasa antara masyarakat majmuk perlu dikaji semula SERTA MERTA  oleh pemerintah jika mahu mengekalkan keharmonian dan kestabilan pentadbiran.

Harus di ingat..suara rakyat suara keramat..

Thursday, May 9, 2013

RAKYAT TOLAK KEPUTUSAN PRU13:BAHAGIAN KE2

Edisi ini adalah sebagai melengkapkan edisi terdahulu yang mengalami sedikit gangguan malware yang menyebabkan pautan tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.Masalah berkenaan telah pun dapat diatasi. Untuk mendapatkan gambaran sepenuhnya, anda boleh klik pautannya di sini

Kini timbul satu persoalan..Adakah PRU14 akan diadakan dalam masa terdekat??Jelas ramai yang tidak puas hati dengan keputusan PRU13 yang juga merupakan pencapaian terburuk BN dalam sejarah pilihanraya di Malaysia.. Pilihanraya semula adalah satu satunya option terbaik untuk SEMUA pihak.

RAKYAT TOLAK KEPUTUSAN PRU13:PERJALANAN MENCARI MAJORITI

Satu perhimpunan rakyat telah diadakan di stadium Kelana Jaya padaa Rabu 8 May 2013 . Perhimpunan ini diadakan bagi membantah keputusan PRU13 yang didakwa pembangkang sebagai tidak sah kerana dicemari dengan penipuan.


Sila klik pada imej untuk mengetahui butiran paparan video berkaitan.